Delegasi UPSI di Guizhou, China.Delegasi UPSI di Guizhou, China.

Oleh: MUHAMMAD IDZWAN IBRAHIM dan SASIGARAN MONEYAM

Guizhou, China, 28 Julai- 3 Ogos 2025 – Seramai 29 orang delegasi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah terpilih menyertai Program “Bridge to See” Guizhou International Teachers and Students Exchange sempena 2025 China-ASEAN Education Cooperation Week yang berlangsung di Guizhou, China.

Delegasi ini merangkumi 15 pelajar Pascasiswazah Fakulti Teknikal dan Vokasional, 12 pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Sosial Fakulti Bahasa dan Komunikasi, serta dua pegawai pengiring, iaitu Encik Sasigaran A/L Moneyam selaku fasilitator dan Encik Nazatul Azuwam sebagai pengiring.

Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara China Education Association for International Exchange (CEAIE) dengan tujuan memperkukuh hubungan akademik, pertukaran budaya, dan kolaborasi pendidikan vokasional di peringkat antarabangsa.

Program ini turut disertai wakil dari beberapa negara serantau termasuk Indonesia dan Singapura.

Opening Ceremony at Guizhou Vocational and Technical College of Water Resources and Hydropower
Opening Ceremony at Guizhou Vocational and Technical College of Water Resources and Hydropower

Objektif CEAIE adalah untuk memanfaatkan sepenuhnya kelebihan fleksibiliti dan rangkaian luas dalam pertukaran antarabangsa, membimbing dan menyelaras kerjasama pendidikan antarabangsa di Wilayah Guizhou, menyokong inisiatif “Belt and Road”, melaksanakan strategi “Prospering Guizhou through Science and Education”, serta membantu penganjuran acara China-ASEAN Education Cooperation Week.

Terdapat lima tema utama program yang disediakan oleh pihak penganjur iaitu Tema 1 – Vocational Education Collaboration and Cultural Heritage, Tema 2 – Modern Industry and Intangible Cultural Heritage Skills, Tema 3 – Vocational Education Modernization and Digital Transformation, Tema 4 – Smart Wellness and Tourism dan Tema 5 – Vocational Education and Ethnic Cultural Preservation.

Pelajar Pascasiswazah FTV di Puncak Gunung Fanjing, China

Banyak aktiviti dan pengalaman delegasi UPSI sepanjang 7 hari di Wilayah Guizhou, China khususnya dalam bidang TVET dan Bahasa seperti lawatan ke Tongren Polytechnic College and University untuk mengetahui berkaitan pembinaan sebuah jambatan di China dan lawatan ke Guizhou Communication Polytechnic University untuk meningkatkan kualiti pengajaran Bahasa Inggeris tempatan.

Dengan sokongan penuh daripada pihak universiti dan institusi rakan kerjasama, program ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang mobiliti antarabangsa kepada warga UPSI pada masa akan datang.