Oleh: Mohammad Amru Mohammad Asri dan Nor Elyda Syazreen Khairol Anuar

Tanjong Malim, 14 Januari 2025- Persatuan Pendidikan Islam (PPI), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sidang 2024/2025 menganjurkan Daurah Kitab Jawahir Al-Saniyyah yang berlangsung di Surau An-Nur, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Program ini juga dilaksanakan secara atas talian di Facebook Persatuan Pendidikan Islam yang melibatkan penyertaan aktif dari mahasiswa UPSI. Program ini disertai seramai 40 orang pelajar UPSI dan 10 orang ahli jawatankuasa program.

Penceramah yang dijemput bagi membaca Kitab Jawahir Al-Sanniyah adalah pensyarah Jabatan Pengajian Islam, UPSI Prof. Madya Dr. Norhisham Muhammad. Program daurah ini dijalankan secara berkala dan berfasa iaitu pada setiap hari Selasa. Sesi daurah Kitab Jawahir Al-Saniyyah fasa 1 tamat pada 14 Januari yang lalu.

Secara keseluruhannya, daurah ini memberikan manfaat besar dalam membentuk individu yang lebih berilmu, berakhlak mulia, dan lebih dekat dengan ajaran agama. Program seperti ini turut memberi kesan yang signifikan terhadap suasana keilmuan di kampus, dengan meningkatkan kesedaran dan kesungguhan mahasiswa untuk mempertingkatkan penguasaan ilmu agama, seterusnya memperkukuhkan suasana kampus yang lebih berakhlak dan beretika.

Ia bukan sahaja memberi kesan positif kepada perkembangan peribadi peserta, tetapi juga turut memberi impak yang besar terhadap pembangunan intelektual, sosial, dan spiritual dalam kalangan mahasiswa/i.